Browse our collection of wedding products. Any questions feel free to Chat with us. Our Sales Staff will assist your.
7 Tips Untuk Memilih Kek Kahwin

7 Tips Untuk Memilih Kek Kahwin

Salah satu  acara yang menjadi ‘highlight’ dalam setiap majlis perkahwinan sudah tentulah acara memotong kek. Zaman sekarang ni, bermacam- macam jenis dan ‘style’ kek kahwin boleh di tempah. Dari jenis yang simple sehinggalah kek kahwin ‘grand’ sehingga terlahirnya ‘cake artist’ yang hebat-hebat seperti @Kek&co, @Banker2baker, @Missshortcakes dan banyak lagi.


Seperti pelamin dan baju pengantin, pemilihan kek kahwin juga memerlukan persiapan yang awal dan rapi. Jangan ingat pemilihan kek hanya pada ‘flavour’ sahaja tau. Banyak lagi perkara-perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum menempah kek kahwin idaman anda.


Kalau anda tak tahu bagaimana dan cara-cara untuk memilih kek kahwin, jangan risau. Hari ni kami nak share 7 tips yang anda perlu tahu untuk memilih kek kahwin. 

1.“Flavour” atau perisa kek

Perkara pertama yang paling penting dalam pemilihan kek sudah pasti lah perisa kek tersebut. Sudah pasti kita ingin menjamu makanan yang bukan sahaja cantik tetapi  terbaik dan sedap. Bagi bakal pengantin yang memang peminat dessert, sudah pasti anda sudah ada perisa favourite tersendiri. Tapi jika anda tak sure nak pilih yang mana, ni antara perisa kek yang famous dan sedap.


  • Red Velvet
  • Chocolate 
  • Vanilla
  • Victoria sandwich
  • Lemon
  • Carrot

Tapi biasanya anda juga boleh pilih filling dan frostingnya seperti  chocolate ganache, peanut butter, salted caramel, raspberry, cream cheese and banyak lagi.. Oh so yummy !!

Ada sesetengah baker juga ada menyediakan perkhidmatan cake tasting. Jadi anda boleh rasa dulu yang mana-mana betul sedap. Just ask them before confirming your order.

 

 

2. Cake theme and design 

    Perkara kedua yang penting adalah cake theme and design. Pastikan anda memilih design yang masuk dengan tema perkahwinan anda. Anda juga boleh berbincang dengan bakers anda tentang style dan tema majlis resepsi dan cuba  minta gambar-gambar portfolio dari hasil kerja bakers tersebut supaya lebih senang anda untuk gambarkan style yang bersesuaian. Ini antara style cake yang sedang menjadi ‘trend’ sekarang


    Drip cake

    Pic source : Bride Magazine

     

    Buttercream Cake

    Kek by @cakejalantiung

     

    Fondant Cake 

    Kek by : Kek & Co

     

    3. Cukupkah kek kahwin anda untuk tetamu ?

    Lagi satu perkara yang anda kena ambil kira adalah size kek tersebut. Berapa besar nak kena order kek tu? Cukup ke untuk semua tetamu yang hadir ? Biasanya anda boleh meminta pendapat dari ‘bakers’ anda kerana mereka lebih pakar bab ni. Sebenarnya ia terserah pada pihak pengantin sendiri. Ada pengantin yang hanya menempah kek di tingkat bawah sekali dan selebihnya adalah ‘dummy cake’. Tapi ada juga yang memang berhajat nak menjamu kek kahwin mereka kepada semua tetamu. Kalau tak pasti nak order kek besar mana, boleh refer info di bawah. This is just a guide, please discuss with your bakers to ensure you order the right amount.

    Source by: https://www.pinterest.com/pin/365354588510956560/

     

    4. Selidik dulu ‘bakers’ atau bakery yang bakal anda tempah

      Bagi mengelakkan kekecewaan hati dan juga muncul nya ‘bridezilla’ di majlis kahwin nanti, pastikan bakers atau bakery yang anda tempah tu memang boleh dipercayai 100% . Jangan main tangkap muat je order, takut nanti kek tak sampailah, kek rosak atau pun kek tak serupa macam yang anda inginkan. Pastikan anda tengok dulu Instagram atau Facebook mereka dan cuba baca comment dari pelanggan mereka sebelum ini. Anda juga di nasihatkan untuk Google nama bakers atau bakery tersebut, dan baca review dan testimoni. Bila dah puas hati barulah anda boleh menempah kek kahwin anda dengan hati yang tenang. 

       

      5. Cake stand style

        Jika anda memang peminat atau mencari inspiration wedding theme anda dari Pinterest, sudah pasti anda perasan yang cake stand style juga memainkan peranan yang penting.  Kini anda boleh dapati bermacam-macam jenis style dan design cake stand yang selari dengan tema majlis perkahwinan anda. Antara tempat yang anda boleh dapati cake stand yang menarik ialah Just Rent It, @SomethingBorrowedbyNawal, SSF, Kaison dan juga Ikea. Ini antara contoh cake stand yang menarik. Anda boleh sewa jer tidak perlu beli sebab nak guna sekali jer kan. 

         

        Available for rental from Just Rent It 

        Available for rental from Just Rent It 

         

         



        Available for rental from @somethingborrowedbynawal

         

        6. Cake Topper 

        Yang terakhir sekali ialah cake topper yang boleh anda tempah special mengikut nama pengantin atau ayat-ayat indah yang menggambarkan kisah percintaan anda. Cake topper ini terdapat di dalam pelbagai jenis material seperti Acrylic, Kayu dan juga Kertas. Ada pelbagai warna seperti Gold Mirror, Rose Gold Mirror, Hitam, Putih dan Pink. Anda boleh menempah khas cake topper tersebut mengikut kesesuaian kek yang telah anda tempah tadi. Tapi di mana anda boleh tempah cake topper yang cantik dan berkualiti ? Anda boleh menempah dan customized special dari Akudankraf. Dengan design dan style yang latest , kek anda pasti nampak sempurna dan indah untuk majlis perkahwinan anda.




         

        7. Budget Anda

        Harga sebuah kek Kahwin adalah berbeza-beza mengikut design dan juga size. Selalunya harga bermula dari RM200 dan boleh mencecah hingga ribuan jika anda mahu size yang tinggi dan design yang complex dan detailed. 

        Kalau anda memilih Cake Artist yang ternama, harga kek juga akan semakin mahal kerana anda membeli kepakaran dan hasil seni mereka. Membuat hiasan cake bukanlah kerja yang senang. Sebuah cake memerlukan masa yang lama dan berhari-hari untuk dihasilkan. 

        Jika budget anda tidak begitau banyak untuk Kek Kahwin. Boleh cuba design yang simple dan size sederhana. 

        Jadi macam mana ? Dah ready untuk menempah kek idaman anda ? Jangan tunggu lama-lama kerana di khuatiri semua tempahan penuh lebih-lebih lagi di musim perkahwinan nanti. Anda juga boleh menempah cake topper idaman anda seawal-awal yang mungkin bagi mengelakkan tempahan penuh. Untuk maklumat lebih lanjut untuk menempah cake topper anda boleh hubungi/Whatsapp kami di 013-2099861 (click here) atau visit our website at www.akudankraf.com.my.

        Ferah Adilla

        Leave a comment

        Please note: comments must be approved before they are published.